Aku terpanggil untuk tulis di blog mengenai kehilangan abg Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi) .berita yg kita tak mahu dgr..dah siap2 nk tido, jengah ke facebook era..rasa cam luluh hati bila tau arwah dah pegi meninggalkan kita semua..
Begitu teras kehilangan nya.walaupun hanya kenal dr jauh.. terasa cukup dkt dgn arwah. Betui…suara di corong2 radio smapi trus ke hati buat kita rasa mcm rapat. Semoga beliau ditempatkan di tempat orang2 yg soleh. Amin… Kepada keluarga beliau, buat isteri dan anak2 arwah semoga tabah dan sabar menghadapi cubaan yg cukup berat ini. Buat anak- anak Allahyarham moga kuat ya dan buat yg terbaik untuk ayah dan keluarga. Sememangnya ajal menjemput kita tak tahu bila…sekelip mata kita bersama org yg kita sayang, sekelip mata jua dia meninggalkan kita.
Bagi aku dia seorang pelawak yg terlalu original. Cerianya menceriakan org- org lain.gonna miss him.. menjadi peneman aku di kala pagi2 suram aku ke tempat keja. Hidupnya telah banyak mengembirakan hati rakyat Malaysia. Hidup ni terlalu singkat…kita tak tahu bila pula, diri kita sendiri dan orang yang kita sayang bakal dijemput –Nya.
Tiada penganti yg boleh mengantikan beliau. Bukan aku sahaja, tp kepada sesiapa yg mengenali beliau melalui radio era pasti akan merasai kehilangannya. Kami peminat dari jauh pon turut merasai kehilangan, harap keluarga Allayarham banyak2 bersabar… Allah lebih sayang kan nya. AL- FATIHAH
-mcm tk percaya kn- YA ALLAH daripada-Mu kami datang, kepada-Mu kami pergi.
No comments:
Post a Comment