Saturday, September 20, 2008

Friday, September 19, 2008

tesis o tesis

tesis o.. tesis . Ko bt aku merana

Thursday, September 18, 2008

apa barang??

Smlm aku dpt msg dr kwn aku. Treteee.. msg masuk. Msgnya berbunyi begini :


Si polan (bukan nama sebenar) : “salam, kenal tk sape ni?”

Aku : “salam, mestila kenal. Si polan kan. Asal ?”

Si polan : “tak balik kg ke? Kat ner ni? Blaja lg ke.”

Aku : “blk nk dkt raya nnti. Kt upsi lg. Kat ner ?”

Si polan : “kat tut. Nak beli kerongsang mutiara tak ?”


Cehs nk berniaga rupaya.igtkan prihatin la dkt kawan sndiri.

Patutlaa bape lame dah x penah bertanya khabr, tetiba msg.

Aku cukup anti berkwan dengan orang yg ada muslihat ni... apa barang kan?

Wednesday, September 17, 2008

my happy final lab

wanna share some pictures:













ntah pe2...

eemm.. melihat org lain bekerja bt aku tertnya2 adakah aku seperti mereka ?

yer ko ada jawapannyaa!!!

Tuesday, September 16, 2008

biar ni hanya mimpi

dugaan btui pada hari yang berbahagia ni.. huhu
semua yang terjadi ptg td betui2 menyebabkan aku tak smgat lg....
abih koleksi citer korea, jepun n taiwan aku.. huhuhu sedei gleer... melinang jugak la mata aku mengenangkan segala penat lelah aku dalam 2 sem mendownload cerita ilang begitu shj..
ni gara2 berYM lg smbil bt keje lain.

terpk jugak nk download semula, tp cukup byk ms yg perlu utk download sbyak nii.

list yang tinggal kenangan :

bad couple
9 ends 2 out
fated to luv you
iswak2
wonderful life
soulmate
when it at night
3 dads 1 mom
who are you


semua cite2 ni adalah peberet aku.. walau dah habis tgk tp still nk bt koleksi..
but skrg xde lg=(

sudah tukar ka ?


bbrapa hari yang lepas, entri aku byk berkisar pasal penempatan praktikal. rupanya takde rezeki aku ke sungai lembing. bukan main semangat aku buat research siap letak video psl sungai lembing kat entri lepas. duhss tk jadi plak. then ktorg pilih smk sungai baging. sek ni kat kuantan jugak. tp bila tny pada bdak2 kuantan, semo mcm x bape fimiliar. tp aku carik2 pasal sungai baging ni.. dpt laa tau tempat ni terletak di antara cherating dan beserah.. 1 jam jgak dari kuantan.. buleh laa jln2 kt cherating plak. huhu tp sungai lembing tinggalkan satu memori mendalam pada aku, walau tak pegi lagi tapi smgt aku mcm di sungai lembing. krna aku semacam dah mengumpul satu kekuatan utk melihat sendiri tempat tersebut. namun mungkin bukan rezekiku. jika ada peluang aku nak melawat sg lembing nnti, melihat sndiri tempat tersebut.

Sunday, September 14, 2008

gambate



Malam ini perang praktikum bermula lg tp x sehebat minggu lepas bila semo pelajar sem 7 berebut- rebut nak sekolah yg mereka idam- idamkan. Aku pon x terkecuali, hehehe mmg berdebar. Cume yang bezanya kali ini kami dah tau penempatan melalui perbincangan. So kalo ada golongan ‘pemberontak’ yang berdegil jugak. Mmg laa diorg nih.

Aku cuak laa rasa nak ambik sek kat sg lembing. coz aku orang luar yang x bape nak fimiliar sgt dgn tempat tu. Macam mmg kena survive gila nnti. Waaa kes berat ni. Sleppy town, with a lot of old folks, yg mane anak2 muda nya kebanyakan sudah berhijrah ke bandar. Itu fakta yang aku dapat dr research aku.

Mmg tugas guru tu perlukan pergorbanan. Dan kalo aku betul2 ikhlas nak mengajar di sana mmg jiwa pendidik tu dah ada dalam diri aku. Cume hati aku serba salah memikirkan tempat baru nih. Kalo mmg betul aku dapat di sana aku redha. Pasti ada hikmah yang kita x jangka. Aku pujuk diri aku supaya menerima dgn hati terbuka.

Harapan aku mengunung supaya kehadiran kami diterima. Kami dapat bergaul mesra dengam penduduk di sana. Mungkin aku akan dapat satu pengalaman yang tak diperolehi oleh orang lain. Sapa tau kan. Aku harap pengalaman yang bakal aku kutip di negeri pahang ni boleh mendewasakan aku dalam memikul tugas guru ni. GAMBATE !!!

perjalanan yg bakal aku tempuh kelak :




Saturday, September 13, 2008

Tunggu aku SMK Sungai Lembing

Huhu taktahu la pe perasaan aku kala ini, apabila akhirnya penempatan praktikum telah ditetapkan. Smk Sungai Lembing bakal aku jelajahi tahun hadapan. Smoga perjalanan aku dipermudahkan – Nya. Harap segalanya berjalan lancar. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi, tp cukup kehadiran kami dterima seadanya.

melalui research aku, dr kekwn dan internet (ewaah siap buat research lg , kekeke) .daerah sungai lembing ada la satu jam dari kuantan. waah jauh jg tu. dan pekan ni adalah pekan lombong timah dulu2... mcabar nya!! cuak pon ada, tp aku ambik semua tu sbgai cabaran. anyway if anybody know more bout sungai lembing, tell me k !

Apa yang aku dapat dari perjumpaan haritu utk decide tmpt praktikal ni adalah , jika kita redha segalanya akan dipermudahkan- Nya. Sahabatku sudah cukup memberi gambaran bahawa kesabaran dan keredhaan sudah cukup untuk membuatkan Allah mempermudahkan jalan kita. Yang aku perlu ada semua itu..... muhasabah diri.

im back

Salam, wah lama tak menjengah blog ni. Dah bersawang pon. banyak benda nk gitau ni.