Tuesday, September 16, 2008
biar ni hanya mimpi
semua yang terjadi ptg td betui2 menyebabkan aku tak smgat lg....
abih koleksi citer korea, jepun n taiwan aku.. huhuhu sedei gleer... melinang jugak la mata aku mengenangkan segala penat lelah aku dalam 2 sem mendownload cerita ilang begitu shj..
ni gara2 berYM lg smbil bt keje lain.
terpk jugak nk download semula, tp cukup byk ms yg perlu utk download sbyak nii.
list yang tinggal kenangan :
bad couple
9 ends 2 out
fated to luv you
iswak2
wonderful life
soulmate
when it at night
3 dads 1 mom
who are you
semua cite2 ni adalah peberet aku.. walau dah habis tgk tp still nk bt koleksi..
but skrg xde lg=(
sudah tukar ka ?

Sunday, September 14, 2008
gambate
Malam ini perang praktikum bermula lg tp x sehebat minggu lepas bila semo pelajar sem 7 berebut- rebut nak sekolah yg mereka idam- idamkan. Aku pon x terkecuali, hehehe mmg berdebar. Cume yang bezanya kali ini kami dah tau penempatan melalui perbincangan. So kalo ada golongan ‘pemberontak’ yang berdegil jugak. Mmg laa diorg nih.
Aku cuak laa rasa nak ambik sek kat sg lembing. coz aku orang luar yang x bape nak fimiliar sgt dgn tempat tu. Macam mmg kena survive gila nnti. Waaa kes berat ni. Sleppy town, with a lot of old folks, yg mane anak2 muda nya kebanyakan sudah berhijrah ke bandar. Itu fakta yang aku dapat dr research aku.
Mmg tugas guru tu perlukan pergorbanan. Dan kalo aku betul2 ikhlas nak mengajar di sana mmg jiwa pendidik tu dah ada dalam diri aku. Cume hati aku serba salah memikirkan tempat baru nih. Kalo mmg betul aku dapat di sana aku redha. Pasti ada hikmah yang kita x jangka. Aku pujuk diri aku supaya menerima dgn hati terbuka.
Harapan aku mengunung supaya kehadiran kami diterima. Kami dapat bergaul mesra dengam penduduk di sana. Mungkin aku akan dapat satu pengalaman yang tak diperolehi oleh orang lain. Sapa tau kan. Aku harap pengalaman yang bakal aku kutip di negeri pahang ni boleh mendewasakan aku dalam memikul tugas guru ni. GAMBATE !!!
perjalanan yg bakal aku tempuh kelak :
Saturday, September 13, 2008
Tunggu aku SMK Sungai Lembing
melalui research aku, dr kekwn dan internet (ewaah siap buat research lg , kekeke) .daerah sungai lembing ada la satu jam dari kuantan. waah jauh jg tu. dan pekan ni adalah pekan lombong timah dulu2... mcabar nya!! cuak pon ada, tp aku ambik semua tu sbgai cabaran. anyway if anybody know more bout sungai lembing, tell me k !
Apa yang aku dapat dari perjumpaan haritu utk decide tmpt praktikal ni adalah , jika kita redha segalanya akan dipermudahkan- Nya. Sahabatku sudah cukup memberi gambaran bahawa kesabaran dan keredhaan sudah cukup untuk membuatkan Allah mempermudahkan jalan kita. Yang aku perlu ada semua itu..... muhasabah diri.