rindu yang amat untuk aku kembali ke sana.tambah2 musim haji ni.. melihat jutaan manusia berada di tanah suci. tiada tempat lain yang boleh membuatkan hati anda setenang- tenangnya. tiada sesaat pun kita rasa resah nk fikir masalah yng tiada hujungnya. terima kasih dan syukur di atas nikmat dan kurniaan- Mu YA ALLAH.
melangkah ke masjidilharam buat pertama kalinya membuatkan perasaanku bercampur baur.ada gembira, gentar dan takut. pertama kali melangkah ke masjidilharam bau harum terus menerpa.. dari pintu satu, kami masuk menuruni tangga ke ruang utama masjid akhirnya kami dapat melihat kaabah. ribuaan manusia sedang menunaikan tawaf dan ada kusyuk menunaikan ibadat. rindunya saat itu. aku nak pergi lagi...
alhamdulilah masjidiharam ini dijaga dengan begitu rapi sekali. ada sahaja pekerja yang menjaga kebajikan dan kebersihan masjid. sekejab2 kita akan dapat melihat mereka menambah air zam2 dalam deretan bekas air zam2 di sepanjang laluan masuk ke ruang solat. ada sahaja yang membersihkan ruang2 masjid. bertuahnya mereka dapat sentiasa ada di sini.

menuju ke masjidilharam.
satu budaya orang arab@ masyarakat setempat adalah membawa anak2 ke masjid.walaupun bayi dibawa jugak ke masjid.. dan itu bukan satu bebanan buat mereka.. jd dr kecik mereka sudah diajar untuk memakmurkan masjid.harus contohi.
No comments:
Post a Comment